Sesi Libat Urus Penyelarasan Penambahbaikan Prosedur Semasa Program SMJ di daerah Paitan.

Pejabat Daerah Paitan

29 December 2025

PAITAN, 29 Disember 2025 – Satu sesi libat urus bagi penyelarasan dan penambahbaikan prosedur pelaksanaan Program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) telah diadakan di Daerah Paitan.

Sesi ini melibatkan KPLB Sabah, Pejabat Daerah Paitan, kontraktor serta Sabah Credit Corporation (SCC) bagi membincangkan dan menyelaras isu berkaitan pinjaman serta pelaksanaan program.

Perbincangan ini diadakan bagi memperkemas urusan antara pihak yang terlibat serta memastikan pelaksanaan Program Rumah Mesra SMJ di Daerah Paitan dapat berjalan dengan lancar dan teratur.