UTAMA | Info Korporat | Piagam Pelanggan
PIAGAM PELANGGAN
Komitmen kami dalam memberikan perkhidmatan terbaik.
Pegawai Sedang Mengecop Dokumen
Komitmen kami di Pejabat Daerah Paitan adalah memberikan perkhidmatan yang penuh dengan dedikasi, cekap, amanah, adil dan mesra melalui penyampaian perkhidmatan awam yang terbaik.
1
Melayan pelanggan dengan penuh mesra dan bersopan santun serta memberikan ruang keselesaan semasa berurusan di pejabat.
2
Segala urusan pelanggan akan diselesaikan dengan serta-merta atau mengikut keperluan semasa, segera atau memerlukan penyiasatan atau mesyuarat.
3
Permohonan projek akan dikaji dan disalurkan kepada pihak berkenaan dalam tempoh masa 14 hari bekerja selepas diterima.
4
Kerja-kerja pelaksanaan projek yang terletak di bawah bidang kuasa Pejabat Daerah Paitan akan dimulakan sebaik sahaja kelulusan peruntukan diterima mengikut prosedur dan tatacara kewangan semasa.
5
Dokumen atau tuntutan pembayaran yang teratur dan lengkap akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja tertakluk kepada tatacara kewangan dan peruntukan semasa. Segala masalah dan rayuan pelanggan akan dilayan dan diselesaikan secara adil dan saksama mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada.