Hebahan dan Makluman

HEBAHAN: Program Pejabat Berkala JPN di Daerah Paitan.

1 October 2026

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sabah, melalui Bahagian MEKAR, akan mengadakan Program Pejabat Berkala bertempat di Pejabat Daerah Paitan. Program ini bertujuan untuk membawa perkhidmatan JPN secara terus dan memudahkan urusan pendaftaran penduduk di daerah ini.

Tarikh: 08 - 09 Oktober 2026 (Khamis & Jumaat)

Masa: 08.00 pagi hingga selesai

Tempat: Pejabat Daerah Paitan

Sehubungan itu, warga Paitan yang ingin berurusan boleh datang ke Pejabat Daerah Paitan pada tarikh yang ditetapkan tersebut.